Search for:

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (EVCB)

Pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada garis panduan perancangan yang terkandung di dalam garis panduan ini perlu diselaraskan dengan rancangan pemajuan yang sedang berkuatkuasa di sesebuah kawasan pihak berkuasa perancangan tempatan. Ia juga perlu merujuk kepada dasar-dasar, pekeliling dan piawaian yang digubal dan dikuat kuasakan oleh pihak-pihak berkuasa berpandukan kepada skop kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang, serta garis panduan perancangan lain yang digubal oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

GPP LALUAN KENDERAAN MIKROMOBILITI

Garis panduan ini telah diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) pada 8 Mei 2022, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 27 Mac 2023 dan Mesyuarat Pasca Kabinet KPKT pada 12 April 2023.Garis panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain sama ada dari segi subjek atau kandungan yang disediakan di bawah peruntukan oleh mana-mana pihak.

Pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada garis panduan perancangan yang terkandung di dalam garis panduan ini perlu diselaraskan dengan rancangan pemajuan yang sedang berkuatkuasa di sesebuah kawasan pihak berkuasa perancangan tempatan. Ia juga perlu merujuk kepada dasar-dasar, pekeliling dan piawaian yang digubal dan dikuat kuasakan oleh pihak-pihak berkuasa berpandukan kepada skop kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang, serta garis panduan perancangan lain yang digubal oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

GPP BANDAR RENDAH KARBON DAN BERDAYA TAHAN PERUBAHAN IKLIM

Garis Panduan Perancangan Bandar Rendah Karbon dan Berdaya Tahan Terhadap Perubahan Iklim disediakan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi pelaksana berkaitan untuk memahami dan mengintegrasi aspek perubahan iklim dalam perancangan spatial. Garis panduan perancangan ini boleh dijadikan dokumen rujukan kepada PBT dalam memastikan halatuju pembangunan bandar rendah karbon dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim dapat dicapai melalui penyediaan rancangan pemajuan khususnya Rancangan Tempatan (RT)

GPP LADANG PENTERNAKAN AYAM

Garis panduan ini telah diluluskan di Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan (JPP), PLANMalaysia Bil.2/2022 pada 26 April 2022. Garis panduan ini telah diperakukan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Kali Ke-41 Bil.1/2023 pada 17 April 2023. Garis panduan ini perlu dibaca bersama rancangan-rancangan pemajuan (khususnya rancangan struktur, rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas) yang sedang berkuatkuasa. Garis panduan ini juga hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) (Akta 828), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta A133), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Enakmen Perladangan Unggas Negeri serta peruntukan undang-undang dan garis panduan sedia ada yang berkaitan.

GPP PEMBANGUNAN BANDAR DIRAJA

Garis Panduan Perancangan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja ini disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) serta agensi teknikal yang terlibat di dalam perancangan dan pembangunan Bandar Diraja (di luar kawasan Istana Diraja dan kawasan sekitarnya yang ditentukan di dalam GPP ini). Dokumen ini bertujuan untuk memelihara identiti Bandar Diraja sebagai lambang kedaulatan negara di samping meningkatkan potensi bandar ini sebagai aset sektor pelancongan negara. Ia turut memberi penekanan terhadap pemerkasaan ekonomi dan budaya setempat.

GPP Pemuliharaan Kawasan Dan Bangunan Warisan (PeWARIS)

Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan Kawasan Dan Bangunan Warisan ini disediakan sebagai panduan seragam kepada pihak kementerian, pihak berkuasa negeri (PBN), pihak berkuasa tempatan (PBT), pemilik bangunan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemaju, orang perseorangan dan pihak berkepentingan bagi mengawal, memelihara dan menguruskan kawasan atau bangunan yang mempunyai potensi nilai bersejarah dan warisan tetapi masih belum mendapat pengiktirafan Tapak Warisan (TW)/ Tapak Warisan Kebangsaan (TWK) mahu pun
Tapak Warisan Dunia UNESCO (TWD).

GPP TANAH BAWAH TANAH

Garis panduan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) Bil. 6/2020 pada 21 September 2021.
Garis panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain sama ada dari segi subjek atau kandungan yang disediakan di bawah peruntukan oleh mana-mana pihak. Pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada garis panduan perancangan yang terkandung di dalam garis panduan ini perlu diselaraskan dengan rancangan pemajuan yang sedang berkuatkuasa di sesebuah kawasan pihak berkuasa perancangan tempatan. Ia juga perlu merujuk kepada dasar-dasar, pekeliling dan piawaian yang digubal dan dikuat kuasakan oleh pihak-pihak berkuasa berpandukan kepada skop kuasa yang diperuntukkan oleh undangundang, serta garis panduan-garis panduan perancangan lain yang digubal oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa).

GPP PEMBANGUNAN LADANG SOLAR

Garis panduan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan (JPP) PLANMalaysia Bil. 2/2021 pada 1 April 2021. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, peraturan-peraturan, dasar persekutuan dan negeri serta garis panduan yang telah disediakan oleh jabatan atau agensi-agensi teknikal berkaitan. Garis panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain sama ada dari segi subjek atau kandungan yang disediakan di bawah peruntukan oleh mana-mana pihak.

GPP KAWASAN LAPANG

Garis Panduan Perancangan Kawasan Lapang ini disediakan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi pelaksana dan pemaju dalam merancang, mengawal dan mereka bentuk penyediaan kawasan lapang khususnya semasa peringkat permohonan kebenaran merancang. Garis panduan perancangan ini memansuhkan dan menggantikan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi (JPBD 7/2000); Garis Panduan Kawasan Kolam Takungan Sebagai Sebahagian Tanah Lapang (JPBD4/1997); dan Garis Panduan Perancangan Kawasan Rizab Sungai Sebagai Sebahagian Tanah Lapang Awam (JPBD 2/2002).

GPP PENGINAPAN PEKERJA BERPUSAT (CLQ) DAN PROSEDUR PERMOHONAN BAGI PENYEDIAAN PENGINAPAN PEKERJA SECARA JANGKA PENDEK (TLQ)

Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat (Centralised Labour Quarters – CLQ) ini disediakan untuk membantu Pihak berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan  (PBT), agensi kerajaan, pihak pemaju, majikan pengilang, pengendali perkhidamatan dan pengusaha penginapan pekerja di dalam menyediakan penginapan pekerja berpusat (pekerja asing dan tempatan) yang lebih terancangan, teratur dan holistik bagi penyelesaian secara jangka panjang.