PANDUAN PERANCANGAN DAN PENGURUSAN MINERAL DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN
Panduan ini disediakan secara dalaman oleh pasukan kajian Pejabat Projek Zon Tengah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui kolaborasi bersama agensi berkepentingan yang terdiri daripada Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, PLANMalaysia Negeri, Pejabat Projek Zon dan lain-lain pihak berkepentingan terlibat. Penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyediakan panduan pelaksanaan ini.
Panduan Pelaksanaan ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan (JPP) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Bil. 5/2023 pada 24 Oktober 2023.