GARIS PANDUAN PERANCANGAN TEMPAT LETAK KENDERAAN
Author: PLANMalaysia Category: Planning Guidelines - Latest Edition Publisher: PLANMalaysia Published: 29 Nov, 2023 Pages: 111 Language: Melayu File Size: 6.23 MB DownloadGaris panduan ini menggantikan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tempat Letak Kereta (JPBD 5/2000); dan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tempat Letak Kereta Bertingkat (JPBD 7/2003) yang disediakan oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Garis Panduan ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 10 Februari 2016 dan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan ke-71 pada 10 Julai 2017.
Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dan selaras dengan kandungan Rancangan Pemajuan, khususnya Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Garis panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain, sama ada dari segi subjek atau pun pertapakan, yang disediakan di bawah peruntukan perundangan oleh mana-mana pihak. Garis panduan ini juga perlu dibaca bersama dengan beberapa garis panduan lain yang berkaitan yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).
GARIS PANDUAN PERANCANGAN TEMPAT LETAK KENDERAAN – PLANMalaysia GP011-A