
GPP TANAH BAWAH TANAH
Author: BPP Category: Planning Guidelines - Latest Edition Publisher: PLANMalaysia Published: 24 Feb, 2023 ISBN: 978-967-5456-86-2 Pages: 80 Language: Malay File Size: 17.9 MB DownloadGaris panduan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) Bil. 6/2020 pada 21 September 2021.
Garis panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain sama ada dari segi subjek atau kandungan yang disediakan di bawah peruntukan oleh mana-mana pihak. Pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada garis panduan perancangan yang terkandung di dalam garis panduan ini perlu diselaraskan dengan rancangan pemajuan yang sedang berkuatkuasa di sesebuah kawasan pihak berkuasa perancangan tempatan. Ia juga perlu merujuk kepada dasar-dasar, pekeliling dan piawaian yang digubal dan dikuat kuasakan oleh pihak-pihak berkuasa berpandukan kepada skop kuasa yang diperuntukkan oleh undangundang, serta garis panduan-garis panduan perancangan lain yang digubal oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa).