Garis Panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain sama ada dari
segi subjek atau kandungan yang disediakan di bawah peruntukan oleh manamana pihak.
Pelaksanaan dan penguatkuasaan terhadap garis panduan perancangan yang
terkandung di dalam garis panduan ini perlu diselaraskan dengan rancangan
pemajuan yang sedang berkuatkuasa di kawasan pihak berkuasa tempatan. Ia
juga perlu merujuk kepada dasar, pekeliling dan piawaian yang digubal dan
dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berpandukan skop kuasa yang
diperuntukkan oleh undang-undang, serta garis panduan perancangan lain yang
digubal oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).
Tujuan Garis Panduan ini ialah untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengawal penyediaan kolam takungan sebagai sebahagian tanah lapang.
Garis panduan ini disediakan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-badan Berkanun dan Pihak Swasta mengenai keperluan perancangan tanah perkuburan Islam dan bukan Islam sebagai panduan dalam merancang sesuatu pembangunan.
Piawaian Perancangan Kawasan perdagangan ini disediakan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan pemaju dalam merancang pembangunan kawasan perdagangan mengikut hierarki dan fungsi bandar.
Piawaian Perancangan Kawasan Perindustrian ini disediakan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan pihak swasta di dalam menentukan kesesuaian lokasi, tapak serta kemudahan-kemudahan lain yang perlu disediakan bagi pembangunan industri.
Garis Panduan Perancangan Perumahan Pekerja Kilang ini disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam meluluskan permohonan pembangunan industri dari aspek perancangan pembangunan perumahan pekerja kilang. Garis panduan ini perlu dibaca bersama dengan Piawaian Perancangan Kawasan Perindustrian JPBD bil 12/97.
Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Pesisiran Pantai ini disediakan untuk membantu Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam merancang pembangunan kawasan pesisiran pantai yang teratur, berdaya maju tanpa menjejas aset utamanya.
Garis Panduan Perancangan Tempat Ibadat Islam ini disediakan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan pemaju di dalam merancang dan menyediakan syarat-syarat Piawaian Perancangan Tempat Ibadat Islam.
Garis Panduan Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Toksid dan Sisa Pepejal ini disediakan untuk memberi panduan dalam mengenalpasti perletakan tapak pelupusan sisa toksid dan sisa pepejal yang dapat memandu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dalam menentukan dan merancang tapak-tapak yang bersesuaian untuk bertujuan tersebut.
Tujuan Garis Panduan Perancangan Tapak Pencawang Elektrik ini disediakan adalah untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam merancang dan membuat kelulusan perancangan tapak pencawang elektrik di sesuatu kawasan pembangunan.