Garis Panduan Perancangan Kawasan Lapang ini disediakan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi pelaksana dan pemaju dalam merancang, mengawal dan mereka bentuk penyediaan kawasan lapang khususnya semasa peringkat permohonan kebenaran merancang.
Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat (Centralised Labour Quarters – CLQ) ini disediakan untuk membantu Pihak berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan, pihak pemaju, majikan pengilang, pengendali perkhidamatan dan pengusaha penginapan pekerja di dalam menyediakan penginapan pekerja berpusat (pekerja asing dan tempatan) yang lebih terancangan, teratur dan holistik bagi penyelesaian secara jangka panjang.
Prosedur Operasi Standard (SOP) ini bertujuan untuk memberi panduan secara khusus berkenaan proses permohonan pembinaan kemudahan rumah pekerja dalam tapak pembinaan yang akan diterap dan diselaraskan di dalam Manual OSC 3.0 Plus.
Garis Panduan Perancangan ini bertujuan mengawal penyediaan kediaman kekal di zon komersial, melalui pembangunan bercampur menegak (vertical) yang terdiri daripada gabungan komponen perumahan, komersial dan kemudahan di dalam suatu plot tanah. Konsep pembangunan padat smart growth dan newurbanism.
Garis Panduan Perancangan ini bertujuan menerangkan keperluan perancangan dan reka bentuk bagi 3 jenis petempatan warga emas, meliputi Pusat Jagaan Warga Emas, Perumahan Khas Warga Emas dan Perumahan Persendirian Untuk Warga Emas.
Garis Panduan Perancangan ini bertujuan memberi panduan perancangan sistematik melalui penyediaan infrastruktur mesra pejalan kaki dan penunggang basikal serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Garis Panduan Perancangan ini bertujuan mengawal pembangunan yang berpusatkan stesen pengangkutan awam yang menekankan pembangunan intensiti tinggi, gunatanah bercampur dan walkability serta mengurangkan pembangunan berselerak.
Garis Panduan Perancangan ini Bertujuan merancang, mengawal dan membangunkan kawasan, khususnya keperluan TLK semasa penyediaan pelan-pelan pembangunan dan memastikan setiap pembangunan menyediakan TLK yang mencukupi, selesa dan selamat.
Garis Panduan Perancangan ini bertujuan merancang, membangun dan mengawal penyediaan terminal kenderaan berat serta kemudahan- kemudahan yang berkaitan dengannya. Selain itu, antara kandungan GPP termasuklah Kategori Terminal, Fungsi dan Saiz Terminal, Konsep Perletakan Terminal dan Perancangan Tapak.